Monday, May 24, 2010

CINTA dan Ayat Kursi

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan

di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah

bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang

menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan

abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa

abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada

saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman

lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk

puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang

merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis

dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.



Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang

disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :



"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah

engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika disebabkan

kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau

menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika

disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau

tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan

setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan

sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,

selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik

dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia

boleh dirasai dalam hati."





::: Hati Emas :::



SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di

luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban

salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu.





Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:





1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.





2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada

dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.





3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang

siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah

SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.





4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.





5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.





6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid.





7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT

berkenan memberi pertolongan kepadanya.





Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun

satu ayat..."









Wassalam,





"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk

Duniamu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk

Akhirat Mu"

------------ --------- --------- --------- --------- -





>> Subhanallah. ..





Tujuh kalimat





Sabda Rasulullah S.A.W





" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia

terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta

diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih

laut "





1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak

melakukan sesuatu.





2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap

selesai melakukan sesuatu.





3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap

perkataan yang tidak patut





4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan

berbuat sesuatu di hari esok.





5. Mengucap La haula wala kuwwata illa

billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak

diingini.





6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah.





7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad

Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak

terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat

mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-

mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!





Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :





1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox

anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang

terjadi pada diri anda.





2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang

anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan

dianugerahkan kepada setiap orang yang

anda kirim.





AMIN

Sunday, May 16, 2010

SeLamAt HarI Guru

dituju khas untuk semua guru ....
Selamat Hari Guru..
jasa mu sentiasa dikenang.....


Kami guru Malaysia


Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua



Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta



Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Chelsea juara Piala FA



LONDON – Chelsea mencatat kejuaraan berganda domestik setelah mempertahankan kejuaraan Piala FA dengan menewaskan Portsmouth 1-0 di Stadium Wembley, semalam.


Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi sepakan percuma, selepas Kevin Prince-Boateng gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Portsmouth

Lin Dan ‘smash’ BAM, Chong Wei

Walaupun pasukan malaysia tersekat di separuh akhir...taniah untuk pasukan negara kita kerana telah sampai ketahap tersebut....

apapun kita perlu renung-renungkan lah..apa yang di perkatakan oleh Lin Dan....
majulah sukan untuk negara...

KUALA LUMPUR – Lin Dan meninggalkan sindiran tajam yang patut direnungkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sejurus selepas mengetuai kemenangan 3-0 China ke atas Malaysia pada separuh akhir Piala Thomas, kelmarin.



Jaguh China itu menegaskan, dia tidak berminat langsung untuk merampas ranking No. 1 dunia daripada Chong Wei, kerana kedudukan tersebut tidak memberi sebarang makna andai ia tidak disusuli dengan gelaran besar.

Baginya, apa yang akan membuatkan pemain dihormati adalah kejuaraan yang berjaya dimenanginya, bukan ranking.

Justeru, dia lebih rela tidak menyertai banyak kejohanan asalkan pengorbanannya dapat memberikan dia kejuaraan lebih besar seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, All England dan Piala Thomas.




“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik.



“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.



“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.



Cara Lin Dan nyata jauh berbeza dengan BAM mahu pun Chong Wei, yang terlalu berbangga memburu kejuaraan Terbuka seperti Siri Super tetapi gagal dalam mencari kejuaraan yang lebih membanggakan seperti emas Olimpik, kejuaraan dunia atau Piala Thomas.



Tahun ini saja contohnya, Chong Wei beraksi dalam tiga kejuaraan berturut-turut, Terbuka Korea, Malaysia dan All England.

Friday, May 14, 2010

MUTIARA IMAN



BEKERJA GIGIH UNTUK BAHAGIA


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : Firman ALLAH SWT : “ AKU sediakan untuk hamba-hambaKU yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


ULASAN HADIS :


1.        Setiap orang Islam akan merindui kehidupan bahagia dengan nikmat yang berterusan, ketika hidup di dunia mahupun di akhirat. Semua mengimpikan kebahagiaan dan kesenangan. Justeru, siang malam kita bekerja gigih mencari harta untuk menikmati kebahagiaan hidup di dunia.


2.        Dalam masa yang sama, ada juga diantara kita siang dan malam mencari kebahagiaan untuk kesenangan dan keselamatan hidup di akhirat dengan mengerjakan amal ibadah.


3.        Kebahagiaan hidup di dunia dapat dirasai ketika di dunia, tetapi kebahagiaan akhirat hanya ALLAH yang tahu. Kemampuan kita melakukan kerja dan amalan di dunia ini ialah dengan cara melakukan dan mengerjakan amalan diperintahkan dan menjauhi larangan ALLAH.


4.        Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Kita hendaklah meletakkan akhirat sebagai matlamat, agar tercapai segala matlamat kita di dunia. Kita hanyalah hambaNYA yang serba lemah dan dhaif. Kita merindui syurga di akhirat. Itulah sebenar-benarnya kebahagiaan bagi kita umat Islam.


5.        Kebahagiaan hidup di akhirat jauh lebih nikmat dan indah berbanding kebahagiaan hidup di dunia. Kebahagiaan hidup di dunia hanyalah sementara, kebahagiaan yang kekal buat selama-lamanya apabila berada dalam syurga. Sesungguhnya kehidupan di syurga tidak terucap dengan kata-kata betapa bahagia dan nikmatnya. Syurga itu mempunyai tingkatannya. Semakin tinggi tingkatannya, maka semakin luas dan banyak pula kenikmatannya. Tidak salah hari ini kita merindui syurga, akan tetapi merindui saja tidak memberi apa-apa makna jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.


6.        Merindui syurga adalah cita-cita tertinggi seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada ALLAH, maka mintalah syurga Firdaus sebab ia adalah pertengahan syurga dan tempat yang paling tinggi di syurga.” (Hadis riwayat Bukhari, Termidzi dan Ahmad)


7.        Bagi meraih syurga yang dicitakan itu, seharusnyalah mulai saat ini kita bersungguh-sungguh beramal dan tunduk kepada Rabbul Alamin. Perteguhkan iman dari semasa ke semasa dan waktu yang sama tingkatkan lagi darjah ketakwaan kepada ALLAH.


8.        Mohonlah pertolongan kepada ALLAH semoga ALLAH memimpin hati kita setiap masa suka melakukan kebaikan dan benci melakukan kejahatan serta kemungkaran.
MUTIARA IMAN

ayuhhhhhhh malaysia boleh

KUALA LUMPUR – Misi menumbangkan juara tujuh kali, China pada separuh akhir Piala Thomas hari ini mampu dilaksana asalkan kita tidak tersasar daripada percaturan asal - mengutip dua mata pertama daripada Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.




Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong memegang ‘kunci’ yang mampu membawa Malaysia ke final, manakala peluang terbaik untuk mencari mata kemenangan dijangka hadir menerusi beregu kedua, sekalipun kita memilih untuk mengekalkan kombinasi baru, Zakry Latif-Hoon Thien How.


sedikit keratan akhbar utusan malaysia.....

aku berharap agar malaysia mampu mengulang kejayaan pada tahun 1992..
diamana apa yang pasukan negara kita lalui pada tahun ini lebih kurang sama berlaku pada tahun 1992..

1992  - suku akhir      Malaysia VS Denmark
2010  - suku akhir      Malaysia VS Denmark


1992 - separuh akhir Malaysia VS China

2010 - separuh akhir Malaysia VS China

kemungkinan berlaku pada thomas cup 2010

final.......

1992 -  akhir Malaysia VS indonesia

2010 -  akhir Malaysia VS Indonesia
adakah sejarah akan berulang....
sama-sama kita tunggu....

malaysia bolehhhhhhhhhh...malaysiaaaaaaaaaaaa....bolehhhhhhhhhhhhhh

Monday, May 10, 2010

Hukum sertai Facebook

Salam satu malaysia..

hari ini aku nak kongsi ngan korang ..pasal hukum sertai Facebook...
artikel ini aku ceduk kat harian metro hari ini...
semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kat kita bersama...insyaallah..

Hukum sertai Facebook



2010/01/10
E-mel 
Artikel Cetak 
Artikel Tanda 
Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen 
Artikel
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Wednesday, May 5, 2010

Keratan Akhbar Hari Ini -05.Mei.2010


Keratan Akhbar Hari Ini

ayat-ayat power lepas kawin

Resepi Hari Ini

salam satu malaysia...

hari ini aku nak kongsi dengan korong semua...
pasal resepi...sebut jer pasal makan ...terus rasa lapar beb...

resepi yang aku nak kongsi



















Dim sum & wantan goreng

bahan2:
150gm isi ayam
150gm isi udang
100gm isi ikan
1 paket kulit dumpling/kulit wantan
3 cm carrot


bahan perasa :
1 sd mkn sos tiram
1 sd teh sesame oil
1 sd mkn tepung jagung
1 sd teh kicap cair
1 sd teh serbuk pati ayam
1 1/2 sd mkn gula
1 sd mkn minyak masak
sebiji telur (gred C)-d pukul

caranya :
1. cinca...ng halus isi ayam, isi udang, isi ikan & carrot.
2. campurkan kesemua bahan perasa dengan bahan yg d cincang td..
3. ambil sedikit inti dan letakn keatas kulit wantan d bentukn mengikut citarasa msing2.
4. din sum ini jgk bole d stim @ pun d goreng yg d kenali sbgi wantan goreng.
5. setelah selesai membalut,stim dim sum dgn api yg besar selama 20 minit.klu yg d goreng,goreng hingga kekuningn.
6. setelah siap bole d mkn bersma sos cili.

Tuesday, May 4, 2010

SELAMAT DATANG KE DUA KALI LIMA BLOG

salam..

alhamdulilah....akhirnya berjaya juga aku hasilkan sebuah blog aku sendiri.
harap kawan2 dapat bagi semangat kepada aku untuk meneruskan coretan ini...

terima lah sebuah pantun dari aku...

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
hamba budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan..

semoga success selalu...